Jerawat (obat dan doa) sehatislamisekali.blogspot.com |
Ibn As-Sunni menyebut dalam bukunya riwayat daripada sebahagian isteri Nabi s.a.w yang menceritakan, “Rasulullah s.a.w pernah menemuiku, ketika itu di jariku tumbuh seperti jerawat. Baginda s.a.w bertanya, “Engkau mempunyai minyak wangi zarirah?”. Aku menjawab, “ada”. Baginda berkata, “Bubuhkanlah pada jerawatmu itu lalu ucapkanlah doa:
ALLAHUMMA MUSHOGGHIR AL KABIIR WA MUKABBIRO AS SHOGHIIR, SHOGGHIR MAA BII. ﱠ
Artinya: Allah Yang Mengecilkan Yang Besar dan Yang Membesarkan Yang Kecil, kecilkanlah jerawatku ini. (Dikeluarkan oleh al-Hakim dan beliau berkata “Sanadnya sahih namun ia tidak dikeluarkan oleh al-Bukhari dan Muslim dan dikuatkan oleh az-Zahabi)
Zarirah sendiri sebenarnya adalah obat India (berbentuk wangian) dibuat dari sari batang pokok zarirah. Sifatnya panas dan kering, berguna bagi mengatasi radang perut, lever dan kekurangan cecair tubuh bahkan juga dapat menguatkan jantung. Dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim diriwayatkan daripada Aisyah r.a. bahawa dia menceritakan, “Aku menyapu minyak wangi kepada Rasulullah, sementara aku memegang minyak wangi zarirah, iaitu pada Hajjatul Wada’ untuk melakukan tahallul dan ihram”
Jerawat atau dalam bahasa Arabnya batsrah adalah sejenis benjolan kecil terdiri daripada zat panas dan tumbuh secara semulajadi atau alamiah. Biasanya menghinggapi suatu bahagian tubuh, ia perlu ditunggu agar agak matang, baru dipecahkan untuk dikeluarkan isinya. Zarirah pula mengandungi khasiat untuk melakukan proses itu. Ia dapat mematangkan dan mengeluarkan isi jerawat, selain juga memberikan bau wangi. Ubat ini dapat mendinginkan panas jerawat. Oleh sebab itu penulis al-Qanun (Zad al-Ma’ad ms 100) ada menyatakan, “Tidak ada obat yang saya rasa lebih baik untuk meredam panas daripada zarirah yang dicampur dengan air mawar dan cuka”
Wallahu alam bissawab. Rujukan kitab Thibbun Nabawi (Ibnu Qayyim al-Jauziah), terjemahan oleh Muallij Mustaqim.
0 comments:
Post a Comment